Lebih 200 pusat tahfiz tidak patuhi piawaian keselamatan

KUALA LUMPUR, 5 Safar 1439H, Rabu – Sebanyak 252 pusat tahfiz di seluruh negara didapati tidak mematuhi piawaian keselamatan kebakaran, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Nor Omar berkata jumlah itu merangkumi 169 pusat tahfiz berdaftar dengan jabatan agama negeri dan 83 yang tidak berdaftar.

Pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke atas 1,238 pusat tahfiz dari 25 Sept hingga 17 Okt lalu turut mendapati hanya 80 institusi itu mendapat kelulusan bangunan daripada JBPM, katanya menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di sini.

“Sebanyak 367 notis menghapuskan bahaya kebakaran telah dikeluarkan melibatkan pelbagai aspek keselamatan seperti tiada laluan kecemasan, tiada alat pemadam api dan pendawaian elektrik yang usang.

“Kita beri mereka tempoh 90 hingga 180 hari untuk pastikan mereka mengikuti syarat yang ditetapkan,” kata Noh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, satu inisiatif Skuad Bomba Tahfiz diperkenalkan pada Mei lepas bagi menangani masalah kebakaran di sekolah tahfiz, melibatkan sukarelawan dari institusi itu sendiri dan sehingga kini disertai oleh 319 sukarelawan.

“Kita juga mempergiat aktiviti ceramah, seminar dan demonstrasi kebakaran kepada 528 pusat tahfiz di seluruh negara. Risalah kebakaran juga telah diedarkan kepada sekolah tahfiz dan komuniti berdekatan sekolah,” katanya.

Pada masa sama beliau menyeru anggota parlimen dan pemimpin setempat mengambil tahu akan keperluan sekolah-sekolah tahfiz di kawasan masing-masing.- Bernama

The post Lebih 200 pusat tahfiz tidak patuhi piawaian keselamatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian