Lebih 400 pelajar dibuang sekolah sepanjang tahun ini

KUALA LUMPUR, 3 Safar 1439H, Isnin – Lebih 400 pelajar dibuang sekolah sepanjang tahun ini ekoran terlibat dengan pelbagai masalah disiplin, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, daripada 2,400 sekolah menengah di seluruh negara, sejumlah 442 pelajar telah dibuang sekolah sehingga hari ini.

“Jumlah ini kecil berbanding dengan 5.1 juta jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini,” katanya sebagai menjawab Datuk Jusliw Ajirol (BN-Libaran), hari ini.

Katanya, tindakan buang sekolah adalah pilihan terakhir terhadap mana-mana pelajar yang berdepan dengan masalah disiplin yang serius dan telah melalui proses kaunseling.

Mahdzir berkata, lima masalah disiplin utama yang membawa kepada tindakan tersebut adalah gangsterisme, buli, dadah, ponteng sekolah dan jenayah.

Ditanya mengenai cadangan untuk menghantar pelajar bermasalah ke pusat pemulihan atau penjara, beliau berkata ia masih dalam pertimbangan.

“Kita sedang memperhalusi cadangan ini dengan Jabatan Penjara termasuk mendapatkan maklum balas daripada pihak guru dan ibu bapa,” katanya.

The post Lebih 400 pelajar dibuang sekolah sepanjang tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian