LHDN nafi individu kritik kerajaan di laman sosial pegawainya

PUTRAJAYA, 28 Muharram 1439H, Rabu – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan individu yang tular di media sosial ketika ini kerana aktif memberikan pandangan negatif dan mengkritik kerajaan adalah pegawainya.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah mengenal pasti individu itu yang menggunakan akaun Facebook atas nama Shariff Hjahmad yang dikatakan sebagai pegawai LHDN.

Menurutnya individu tersebut ialah bekas pegawai LHDN yang telah bersara pada Ogos tahun lepas.

“Maka LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komennya di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN,” katanya.

LHDN juga menggesa individu terbabit agar tidak mengaitkan dirinya dengan LHDN memandangkan beliau tidak lagi berkhidmat dengan organisasi itu.

— BERNAMA

The post LHDN nafi individu kritik kerajaan di laman sosial pegawainya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian