Mahkamah benar Najib, kerajaan batal saman Tony Pua

KUALA LUMPUR, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bagi membatalkan saman difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datin Faizah Jamaludin yang membenarkan permohonan Najib dan kerajaan bagi membatalkan saman itu memutuskan bahawa Pua selaku plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan terhadap kedua-dua defendan.

Faizah dalam penghakimannya berkata, Pua selaku plaintif gagal menyatakan butiran lanjut mengenai salah laku yang didakwa dilakukan oleh Perdana Menteri dan ia hanya spekulasi semata-mata.

Beliau berkata, tuntutan saman Pua juga menyalah guna proses mahkamah dan tiada kausa tindakan munasabah untuk memfailkan tindakan berkenaan.

“Mahkamah juga terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa perdana menteri dan menteri kewangan tidak boleh disaman kerana mereka bukan pegawai awam,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Pua membayar kos berjumlah RM10,000 kepada Najib dan kerajaan.

Najib memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Pua pada 14 Februari lalu atas alasan beliau bukan penjawat awam seperti didakwa Pua dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya selain mendakwa tuntutan saman itu juga menyalahgunakan proses mahkamah.

Kerajaan pula memohon untuk membatalkan saman itu pada 2 Mac lalu atas alasan Pua tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan tersebut dan saman itu juga suatu yang remeh, menyusahkan serta tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.

Pada 16 Januari lalu, Pua selaku plaintif menyaman kerajaan dan Najib selaku defendan pertama dan kedua atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan dana 1MDB dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – Bernama

The post Mahkamah benar Najib, kerajaan batal saman Tony Pua appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian