Majlis Ulama Isma anjur simposium bincang konsep Rahmatun Lil Alamin 18 November

 

 

Oleh Siti Fatimah Ishak 

BANGI, 4 Safar 1439H, Selasa – Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) akan menganjurkan Simposium Siyasah Syariyah pada 18 November depan.

Simposium bertempat di Dewan Audotitorium Malaysian Genome Instititut (MGI), Bangi itu akan membincangkan berkenaan Konsep Islam rahmatun lil alamin: Antara kecelaruan tafsiran hermeneutika  liberal dan kefahaman sebenar Syarak.

Antara tokoh yang akan mengupas isu ini ialah Prof Dr Anis Malik Thoha, Rektor Universitas Islam Sultan Agung (Unissula), Prof Madya Dr Khalif Muammar, Director of Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) dan Dr Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Kanan, Pengajian Sunnah USIM.

Pengarah Simposium, Dr Isa Hamzah berkata, topik Islam Rahmatun lil Alamin dipilih kali ini berikutan serangan terhadap Islam makin kerap berlaku dalam pelbagai sudut.

“Jika kita lihat di Malaysia, serangan yang banyak berlaku adalah dalam bentuk merosakkan tasawwur Islam itu sendiri. Pelbagai istilah serta kefahaman Syarak diolah serta cuba diubah dengan tujuan membenarkan tindakan-tindakan yang melanggar syarak.

“Misalnya penggunaan istilah Islam sebagai agama rahmatun lil alamin. Tanpa menafikan bahawa istilah tersebut memang benar menjadi ciri utama kepada Islam itu sendiri namun sesetengah kelompok hari ini menggunakan istilah ini dengan tujuan yang salah.

“Mereka menggunakannya untuk berlembut dengan bukan Islam yang secara jelas menantang Islam, mereka menggunakannya untuk meninggalkan perkara teras dalam syarak dan pelbagai perkara lain lagi.

“Justeru, Muis terpanggil untuk mengadakan simposium ini bagi membentangkan konsep rahmatan lil alamin dalam kefahaman Syarak yang sebenar. Ia supaya dapat menolak segala salah faham serta memberi pencerahan berkenaan konsep ini kepada masyarakat,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menyertai simposium ini boleh layari pautan https://bit.ly/simposiummuis2017

Emel bukti pembayaran kepada pendaftaran.simposium@gmail.com

Seberang pertanyaan hubungi 014 3650536 (Ahmad Naim). Boleh juga layari Facebook page Majlis Ulama ISMA.

The post Majlis Ulama Isma anjur simposium bincang konsep Rahmatun Lil Alamin 18 November appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian