Malang untuk kami beritahu… MH370 mungkin tidak akan dijumpai, kata laporan akhir Australia

Laporan ATSB mengenai Penerbangan Malaysia MH370 menyimpulkan pesawat itu mungkin tidak akan dijumpai lagi

SYDNEY, 15 Muharram 1439H, Khamis – Laporan terbaharu dan terakhir Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semalam, membuat kesimpulan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia MH370, tidak akan dijumpai.

Ketika Boeing 777-200ER bersama 227 penumpang serta 12 anak kapal itu lenyap daripada radar pada 8 Mac 2014, kehilangannya menjadi salah satu misteri paling aneh dalam sejarah penerbangan moden.

Selepas lebih tiga tahun melakukan pencarian membabitkan beberapa negara, laporan ATSB semalam berkata, misteri berterusan mengenai nasib pesawat dan 239 penumpang serta anak kapal itu adalah sesuatu yang tidak dapat difahami.

Gagal tiba di destinasinya, Beijing, usaha pencarian dilancarkan membabitkan kerjasama tiga kerajaan. Setelah 1,046 hari melakukan operasi mencari di lautan membabitkan NZ$230 juta, jawapan masih gagal dicari, lalu membuka pintu kepada pelbagai spekulasi – daripada pengganas hingga diculik makhluk asing.

Dan kesudahannya, laporan itu menunjukkan mereka yang berada di dalam pesawat itu tidak akan kembali kepada keluarga masing-masing.

Sejak menghentikan operasi pencarian Januari lalu, Kerajaan Australia telah menyusun laporan menyeluruh mengenai usaha itu. Laporan akhir diterbitkan semalam ditulis oleh ATSB.

Laporan itu membuat kesimpulan mudah: “Sebab-sebab kehilangan MH370 tidak dapat ditentukan dengan pasti sehingga pesawat itu dijumpai. Dan itu tidak dapat dibayangkan.”

“Ia hampir tidak dapat difahami dan tentunya tidak dapat diterima dalam era penerbangan moden dengan 10 juta penumpang pesawat komersial setiap hari, untuk pesawat besar hilang, dan dunia pula tidak mengetahui dengan pasti apa yang terjadi terhadap pesawat dan mereka yang berada di dalamnya,” kata laporan itu.

Pencarian MH370 di dasar dan lantai laut membawa kepada penemuan gunung berapi yang tidak pernah diketahui oleh saintis.

Namun, itulah yang dilihat berlaku.

Selepas komunikasi radio terputus yang boleh dikatakan berlaku dengan pantas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), MH370 secara umumnya dianggap telah terbang berjam-jam, melayang beribu-ribu batu sebelum jatuh ke Laut China Selatan di barat perairan Australia.

Sebagai sebahagian daripada usaha mencari dan menyelamat, tiga negara itu meninjau 710,000 kilometer persegi di dasar Lautan Hindi, kata laporan itu.

Sonar resolusi tinggi turut digunakan di kawasan tambahan seluas 120,000 kilometer persegi.

“Keseluruhannya, 661 kawasan di dasar laut yang menjadi tarikan telah dikenal pasti menerusi imej sonar.

“Daripada jumlah itu, 82 berkemungkinan tinggi telah disiasat dan diketepikan kaitannya dengan MH370. Empat bangkai kapal telah dikenal pasti terdapat di kawasan itu,” kata ATSB.

Walaupun ada serpihan pesawat akhirnya timbul di timur Afrika, pencarian itu tidak membawa kepada penemuan pesawat malang berkenaan.

China dan Australia bersetuju menghentikan pencarian itu pada Januari lalu, tetapi Kerajaan Malaysia akan meneruskan siasatan berhubung kehilangan MH370.

“ATSB menyampaikan rasa simpati mendalam kami kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Kami berkongsi kesedihan anda yang mendalam dan lama, dan kesal kami tidak dapat mencari pesawat itu, atau 239 mereka yang berada di dalamnya,” kata laporan ATSB. – Agensi

Bayang pesawat maritim Tentera Udara Diraja New Zealand, P3 Orion, yang melakukan pencarian di Lautan Hindi dirakam ketika awan nipis.

The post Malang untuk kami beritahu… MH370 mungkin tidak akan dijumpai, kata laporan akhir Australia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian