Malaysia bangkitkan krisis Rohingya di Filipina

KUALA LUMPUR, 5 Safar 1439H, Rabu – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau membangkitkan kebimbangan Malaysia berhubung  krisis kemanusiaan Rohingya yang sedang berlaku di Bangladesh pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean ke-11 (ADMM)  dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di Clark, Pampanga, Filipina.

Beliau menggambarkan situasi itu sebagai “antara krisis kemanusiaan terbesar di rantau  kita”.

“Kita dalam Asean tidak boleh mengetepikan situasi ini kerana Rohingya dan semua komuniti yang terjejas adalah sasaran yang sangat terdedah, sangat mudah untuk diradikalkan oleh kumpulan-kumpulan pengganas di rantau ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan pada penghujung lawatan kerja empat hari beliau di Clark bagi menghadiri ADMM, platform tahunan menteri-menteri  pertahanan Asean untuk membincangkan keselamatan dan pertahanan serantau kepentingan bersama.

Beliau juga memberi peringatan tentang hasrat kumpulan pengganas Daesh berhubung imigran.

“Kita jangan sekali-kali beri talian hayat kepada Daesh merekrut pengganas baharu memandangkan kumpulan itu mungkin sedang berkira-kira untuk memperlengkap pelarian dan populasi imigran lain dengan senjata,” katanya.

ADMM ke-11 dipengerusikan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Negrillo Lorenzana. – Bernama

The post Malaysia bangkitkan krisis Rohingya di Filipina appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian