‘Malu lahir di Malaysia, tak pandai cakap Melayu’

KUALA LUMPUR, 11 Safar 1439H, Selasa –  Sektor korporat perlu memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata usaha memperkasa Bahasa Melayu perlu dilaksanakan pelbagai pihak, bukan sahaja di sekolah, institusi pengajian tinggi dan sektor awam, malah sektor korporat juga.

Kerajaan sentiasa beriltizam memperkasa Bahasa Melayu meskipun berdepan pelbagai cabaran, katanya ketika merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai di sini hari ini.

“Saya bersetuju Bahasa Melayu perlu dimantapkan dan usaha memperkasa bahasa ini perlu dibuat menerusi Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang menggabungkan kepakaran semua pihak,” katanya sambil menambah, amat penting untuk Bahasa Melayu mempunyai satu kerangka standard yang dapat dijadikan kayu pengukur bagi menilai tahap penguasaan bahasa itu.

Kerangka Standard Bahasa Melayu adalah satu daripada inisiatif memartabatkan pendidikan bahasa kebangsaan itu yang diletakkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMB) di bawah Kementerian Pendidikan.

Kerangka Standard Bahasa Melayu dibangunkan untuk menghasilkan satu standardisasi bahasa yang menggunakan satu kerangka yang sama untuk diguna pakai semua bidang seperti pendidikan, pekerjaan dan persendirian.

Sementara itu Ahmad Zahid melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang memandang rendah terhadap penggunaan Bahasa Melayu meskipun dilahirkan di Malaysia dan mengikuti sistem pendidikan di negara ini.

“Alangkah malunya, jika mereka yang lahir di Malaysia belum dapat menuturkan Bahasa Melayu dengan baik meskipun setelah 60 tahun negara mencapai kemerdekaan.

“Ini amat mendukacitakan saya kerana kita sepatutnya mengangkat Bahasa Melayu setaraf dengan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi keutamaan kita bersama,” kata beliau.

Ahmad Zahid turut berkongsi lawatannya ke kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh baru-baru ini dan teruja terhadap tahap penguasaan Bahasa Melayu segelintir warga pelarian.

“Ada pelarian Rohingya yang saya temui mampu bercakap bahasa Melayu dengan baik walaupun pernah bekerja di Malaysia empat tahun sahaja,” katanya. ― Bernama

The post ‘Malu lahir di Malaysia, tak pandai cakap Melayu’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian