Menantu adik Shafie Apdal pula ditahan

BANGI, 25 Muharram 1439H, Ahad – Selepas adik Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan, kini menantu adiknya pula direman.

Penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, beliau mengesahkan penahanan lelaki berkenaan yang merupakan ahli perniagaan.

Menantu kepada adik Shafie Apdal itu ditahan ditahan pada jam 5.30 petang semalam.

Setakat ini, lapan individu sudah ditahan di Sabah dan Putrajaya, termasuk empat ahli politik Sabah.

Antara adalah Naib Presiden WARISAN Peter Anthony, Ketua Pemudanya, Mohd Azis Hamman, Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Penahanan dipercayai berhubung penyelewengan RM1.5 bilion dana awam untuk pembangunan luar bandar yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara tahun 2009 hingga 2015.

The post Menantu adik Shafie Apdal pula ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?