MPSP pasang papan tanda larang minum arak di taman awam

BUTTERWORTH, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memasang papan tanda melarang orang ramai daripada meminum minuman keras atau minuman beralkohol di beberapa taman awam dan permainan, di sini.

The Star melaporkan, Ahli MPSP, David Marshel berkata, tiga papan tanda telah diletakkan di Butterworth iaitu di Taman Bagan Baru, Taman Ria dan Taman Jawa, manakala dua lagi dipasang di Prai iaitu di Taman Supreme dan Taman Prai Utama.

Beliau berkata, papan tanda itu diletakkan berikutan aduan orang ramai mengenai gangguan daripada pemabuk di taman awam dan taman permainan kanak-kanak.

Papan tanda itu memberi amaran bahawa ianya adalah satu kesalahan untuk meminum alkohol di kawasan awam mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan gangguan awam.

Ia juga menggesa orang ramai menghubungi balai polis berdekatan jika melihat sesiapa yang melakukan kesalahan itu.

The post MPSP pasang papan tanda larang minum arak di taman awam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian