Nahas bas pekerja: Dua pemandu direman empat hari

BANGI, 4 Safar 1439H, Selasa – Dua pemandu bas kilang yang terlibat dalam nahas di Kilometer 147.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara awal pagi tadi, ditahan reman selama empat hari.

Kedua-dua pemandu bas terbabit berusia 23 dan 37 tahun itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pemandu berusia 20-an itu didapati memiliki tiga rekod kesalahan trafik kerana tidak mematuhi lampu isyarat, tidak memakai tali pinggang keselamatan dan tidak memiliki lesen.

Sementara pemeriksaan ke atas seorang lagi pemandu bas terbabit disahkan tidak memiliki rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mereka ditahan tidak lama selepas kejadian. Kami akan mengambil sampel air kencing dan darah mereka. Sebaik ia dilakukan, kita akan mendedahkan maklumat lanjut,” katanya seperti dilapor New Straits Times, hari ini.

Dalam kejadian jam 6 pagi tadi, sebuah bas pekerja yang menuju ke Batu Kawan merempuh sebuah lagi bas jenis sama dari arah belakang yang ketika itu berhenti di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

Nahas itu menyebabkan enam mangsa maut di tempat kejadian sementara dua lagi ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HSJ dan 35 penumpang yang lain cedera.

The post Nahas bas pekerja: Dua pemandu direman empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian