Nahas bas pekerja: Seorang mangsa belum dikenal pasti

BANGI, 4 Safar 1439H, Selasa – Polis memaklumkan hanya seorang sahaja mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan dua bas di Kilometer 147.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara awal pagi tadi masih belum dikenal pasti.

Sementara identiti tujuh lagi mangsa maut nahas berkenaan telah dikenal pasti termasuk seorang daripadanya merupakan rakyat tempatan.

Mangsa dikenali sebagai Noriah Kasa, 44, beralamat di N0.24 Parit Sg Dungun 34300, Bagan Serai, Perak.

Manakala enam mangsa merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Serlia, 21, Tumangger Resni, 22, Yeni, 20, Sartika Pasaribu,19, Wami Windasih,19 dan Faridah,18.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, ke semua mayat mangsa kini berada di Hospita Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Dalam kejadian jam 6 pagi tadi, sebuah bas pekerja yang menuju ke Batu Kawan merempuh sebuah lagi bas jenis sama dari arah belakang yang ketika itu berhenti di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

Nahas itu menyebabkan enam mangsa maut di tempat kejadian sementara dua lagi ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HSJ dan 35 penumpang yang lain cedera.

The post Nahas bas pekerja: Seorang mangsa belum dikenal pasti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian