Nahas di Nilai: Pemandu treler direman tiga hari

NILAI,  9 Safar 1439H, Ahad – Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan pasangan suami isteri di Kilometer 270.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) kelmarin, direman tiga hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban, Emysuriana Muhammad Subry selepas Pegawai Penyiasat Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Mohd. Syafiq Azmy membuat permohonan reman berkenaan.

Lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dalam kejadian jam 5.30 petang berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, Lau Lian Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan terbabit yang menghala ke utara hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.

Selepas kejadian, lelaki terbabit menghilangkan diri, bagaimanapun dia menyerah diri selepas 23 jam kemalangan berlaku.  

The post Nahas di Nilai: Pemandu treler direman tiga hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian