Panglima Angkatan Tentera beri amaran keras kes buli, dera

BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya yang didapati bersalah kerana membuli.

Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai mengulas kematian dua anggota TLDM, di bilik tahanan Sungai Wangi di Sitiawan, Jumaat lepas.

Katanya, pihaknya tidak akan melindungi dan bertolak ansur terhadap sebarang amalan buli atau penderaan kerana ia di luar daripada kebiasaan pasukan keselamatan itu.

“Buli bukan amalan dan budaya kita. Perkara ini di luar daripada kebiasaan dan kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan kerana sebelum ini pun kita pernah buang anggota yang terbukti buat perkara seperti ini.

“Kalau ia budaya kita, setiap hari anda akan lihat anggota yang keluar masuk hospital kerana dibuli,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Laskar Kelas 1 Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Kedua-duanya dilaporkan dikenakan hukuman selama 45 hari bermula Rabu lalu atas kesalahan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmatan yang bertentangan dengan Seksyen 58 Angkatan Tentera 1972.

The post Panglima Angkatan Tentera beri amaran keras kes buli, dera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian