Pantau, rekod juga ceramah rumah ibadat lain: Musa Hassan

BANGI, 29 Muharram 1439H, Khamis – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya semua pengurusan masjid dan surau di negeri itu membuat rakaman video bagi setiap ceramah dan kuliah di premis masing-masing.

Musa berkata, titah baginda itu sebagai langkah terbaik dalam memantau ceramah yang disampaikan supaya tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan itu perlu dilakukan secara menyeluruh dan adil terhadap semua kaum serta agama dan tidak hanya dilaksana di masjid sahaja, malah rumah ibadat lain seperti gereja, tokong dan pusat-pusat kegiatan agama.

Jelasnya, aspek kemampuan ekonomi dan kepakaran tidak menjadi masalah utama melaksanakan titah baginda kerana setiap rumah ibadat itu mempunyai tabung sumbangan untuk menyediakan alatan audio dan sebagainya.

“Cuma pemantauan berterusan ke mana video dan rakaman itu perlu dihantar untuk semakan dan pantauan perlu diberi penjelasan dan perincian,” katanya seperti dilapor Menara.my, hari ini.

Menerusi cadangan beliau itu, Musa berkata, rakaman ceramah video atau audio perlu dihantar kepada jawatankuasa pentadbir yang bertanggungjawab dan diserah kepada pihak berwajib untuk disemak serta disimpan bagi tujuan pemantauan.

The post Pantau, rekod juga ceramah rumah ibadat lain: Musa Hassan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian