PAS tanding banyak kerusi sebab nak menang majoriti usul RUU355

GOMBAK, 25 Muharram 1439H, Ahad – Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir, PAS membuat keputusan untuk menangguhkan sementara usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, PAS perlu mengambil kira beberapa aspek dalam berkenaan RUU355, tambahan pula pilihan raya semakin dekat.

Katanya, bagi memastikan RUU355 diluluskan di Dewan Rakyat, PAS bertekad untuk bertanding lebih banyak kerusi Parlimen.

“Kalau boleh kita bentang mahu menang. Kita kena buat perkiraan, sekarang ini beberapa orang UMNO bahkan penganut agama Islam lain tidak sokong, lebih baik kita tangguhkan dahulu.

“Lepas pilihan raya, selepas banyak kerusi yang kita menang, barulah bawa semula RUU355 ke Dewan Rakyat,” katanya seperti lapor portal liberal.

Rang undang-undang itu tidak dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Julai lalu juga atas faktor kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

RUU355 antara lain adalah untuk meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada, iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen disebutkan, selain hukuman mati.

The post PAS tanding banyak kerusi sebab nak menang majoriti usul RUU355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian