Pelakon Benjy berdepan hukuman penjara 14 tahun di Indonesia
BANGI, 15 Muharram 1439H, Khamis – Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy berdepan hukuman penjara 14 tahun dan denda 800 juta (RM25,1012) selepas didakwa menyeludup dadah jenis methamphetamine.
Memetik The Jakarta Post, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.
Ketua Hakim, Wahyu Prasetyo Wibowo berkata, mahkamah memberi tempoh seminggu kepada Benjy untuk mengemukakan hujahan bertulis untuk tujuan pembelaan diri.
Selepas mendengar tuntutan pendakwa, Benjy berjanji untuk mengemukakan pembelaan pada pendengaran minggu hadapan.
April lalu, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.
Dia ditahan kerana gerak gerinya kelihatan mencurigakan, malah motif kedatangannya ke Indonesia juga diragui.- Agensi
The post Pelakon Benjy berdepan hukuman penjara 14 tahun di Indonesia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan