Pendaki Gunung Everest meninggal dunia

BANGI, 28 Muharram 1439H, Rabu – Pendaki Gunung Everest pada 2007, Muhd Fauzan Hassan meninggal dunia awal pagi tadi, dipercayai akibat sesak nafas.

Allahyarham yang juga Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dilaporkan mengalami sesak nafas di kediaman keluarganya sebelum dikejarkan ke Hospital, Kulai, Johor dan disahkan menghembus nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi.

Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM negeri, Ahmad Fikri Mohd Kassim berkata, beliau dimaklumkan mengenai berita pemergian rakan sejawatnya itu selepas dihubungi oleh isteri Allahyarham, kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Saya kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan universiti,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Ahmad Fikri berkata, beliau difahamkan, Allahyarham sebelum itu pergi bercuti bersama ahli keluarganya ke Singapura dan kali terakhir bertemu Muhd Fauzan ketika mesyuarat pengurusan minggu lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

10 tahun lalu, Allahyarham bersama tiga warga UiTM mengharumkan nama universiti itu dan negara atas kejayaan menawan puncak Gunung Everest.

The post Pendaki Gunung Everest meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian