Pendatang Yahudi curi pokok zaitun petani Palestin

Gambar fail

TEBING BARAT, 10 Safar 1439H, Isnin  – Pendatang Yahudi bertindak mencuri ratusan pokok zaitun milik petani Palestin di Nablus, Tebing Barat.

Agensi berita Maan melaporkan, insiden itu berlaku semalam selepas sekumpulan penduduk Israel  menceroboh masuk kawasan pertanian penduduk Palestin.

“Pendatang Yahudi mencuri hasil lebih daripada 700 pokok zaitun berhampiran dengan kampung-kampung Awarta dan Dir Al-Hatab di Timur.

“Kami terkejut melihat tanaman zaitus habis dicuri. Selain itu kira-kira 300 pokok zaitun musnah kerana disembur bahan kimia,” kata Ghassan Deglus, individu yang bertanggungjawab menjaga ladang penduduk Palestin.

Musim penuaian zaitun yang baru saja bermula merupakan sumber pendapatan utama bagi ribuan keluarga di wilayah Palestin yang diduduki.

Hampir separuh daripada tanah pertanian Palestin ditanam dengan pokok zaitun.

Petani lazimnya kebiasannya meninggalkan buah zaitun di kebun untuk dipungut serentak di akhir musim menuai. -Agensi

The post Pendatang Yahudi curi pokok zaitun petani Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian