Penemuan tengkorak, tulang tiada unsur jenayah

IPOH, 5 Safar 1439H, Rabu – Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan empat tengkorak dan beberapa tulang manusia yang ditemui di dalam empat tempayan di kawasan bukit berhampiran Kampung Baru Nalla, Tronoh semalam tidak mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd Nasri Omar berkata tengkorak dan tulang itu kemungkinan daripada kubur lama yang dikorek secara tidak sengaja.

“Tulang-tulang itu didapati telah (mati) perpuluh-puluh tahun lalu kerana keadaannya yang sudah reput. Tulang-tulang yang ditemui itu tidak lengkap untuk cukupkan kepada empat manusia dan ada beberapa bahagian tulang lebih daripada sepatutnya,? katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata tengkorak dan tulang itu ditemui oleh kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) di dalam empat tempayan yang berada antara tiang elektrik di atas puncak bukit itu pada tengah hari semalam, sebelum memaklumkannya kepada pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya puncak bukit itu dikelilingi ladang sawit yang tidak lagi diusahakan dan di sebelah kiri tiang elektrik terdapat lombong lama yang sudah tidak beroperasi kira-kira 17 tahun serta jirat Cina yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi penemuan.- BERNAMA

The post Penemuan tengkorak, tulang tiada unsur jenayah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian