Perjanjian damai Hamas-Fatah demi rakyat Palestin: Hadi Awang

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 6 Safar 1439H, Khamis – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) tidak akan lari daripada prinsipnya berjuang demi Islam dan berjihad membebaskan Palestin, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemimpin Hamas, Ismail Haniyyeh yang menghubungi beliau menerusi telefon bagi menyatakan pendirian pergerakan itu selepas menandatangani perjanjian damai dengan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah).

Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkata, perjanjian damai Hamas dan Fatah semata-mata untuk kepentingan umat Islam negara itu.

Perjanjian itu ditandatangani Timbalan Ketua Hamas, Salah al-Aruzi dan ketua delegasi Fatah, Azzam al-Ahmad baru-baru ini.

“PAS berpendirian bahawa perjanjian kerjasama yang dilakukan adalah semata-mata di atas kepentingan rakyat Palestin khasnya di Gaza, mengatasi kepentingan lain.

“Dalam perbualan telefon sewaktu saya dihubungi Syeikh Ismail Haniyyeh, Ketua Biro Politik Hamas, beliau menyatakan bahawa Hamas tidak akan keluar daripada prinsip perjuangan Islam dan jihad membebaskan Palestin.

“Jadi, kami memahami keadaan darurat yang menimpa mereka sekarang, tetapi darurat itu hendaklah diambil dengan sekadarnya sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi bagaimanapun melahirkan kebimbangan berikutan keadaan terkini di Palestin di mana amat penduduk Gaza dihalang untuk mendapatkan rawatan kesihatan di luar dan bekalan eletrik dipotong dengan menghalang kemasukan bahan bakar.

Katanya, bantuan dan elaun sara hidup untuk keluarga miskin, bekas tahanan Israel dan keluarga syuhada, juga disekat.

“Rakyat Gaza menderita tekanan hidup dan ekonomi sehingga membawa kes kematian akibat halangan keluar untuk mendapatkan rawatan dan eletrik pula hanya dibekalkan selama 4 jam setiap hari.

“Keadaan inilah yang mendesak Hamas dan Fatah memeterai perjanjian damai dengan kehadiran pegawai perisik Mesir,” katanya

The post Perjanjian damai Hamas-Fatah demi rakyat Palestin: Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian