Persekongkolan antara University Of Nottingham Kuala Lumpur (UNKL) dengan IRF, DAP (melalui Penang Institute) dan G25 untuk meliberalkan Islam di Malaysia
PROF Zaharom Nain, Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) atau Malaysian Academic Movement, sebuah persatuan yang telah mengeluarkan satu kenyataan bagi mengutuk (“condemns in no uncertain terms”) layanan amat buruk (“deplorable”) yang dikenakan terhadap Mustafa Akyol, rupa-rupanya adalah satu tenaga penting dalam usaha untuk meliberalkan Islam di Malaysia selama ini.
Berikut disertakan contoh persekongkolan antara beliau (melalui University of Nottingham Kuala Lumpur) dengan Islamic Renaissance Front (IRF), DAP (melalui Penang Institute) dan G25 untuk meliberalkan Islam di Malaysia.
CONTOH PERSEKONGKOLAN ANTARA UNKL DENGAN IRF
UNKL dan IRF pernah menjadi penganjur bersama forum bertajuk “Hate Crime And LGBTIQ: Where Is The Love?” (“Jenayah Kebencian Dan LGBTIQ: Di Mana Kasih Itu?”) membabitkan seorang gay pengasas Seksualiti Merdeka bernama Pang Khee Teik, Syerleena Abdul Rashid dari DAP dan Azrul Mohd Khalib dari IDEAS di UNKL pada 21 Ogos 2016, dengan Prof Zaharom Nain dari UNKL menjadi pemberi ucapan alu-aluan (welcoming speech) di dalamnya.
CONTOH PERSEKONGKOLAN ANTARA UNKL DENGAN IRF DAN G25
UNKL, IRF dan G25 pernah menjadi penganjur bersama perbincangan meja bulat bertajuk “Islamizing the State: Religious Politics In Malaysia” (“PengIslaman Negara: Politik Keagamaan di Malaysia”) membabitkan Prof James Piscatori dari Australian National University, Australia, Prof Norani Othman dari SIS, Dr Dzulkefly Ahmad dari AMANAH dan Dr Patricia Anne Martinez, seorang aktivis Kristian Malaysia, di UNKL pada 12 Februari 2017, dengan Prof Zaharom Nain dari UNKL menjadi pemberi ucapan alu-aluan (welcoming speech) di dalamnya.
UNKL, IRF dan G25 pernah merancang untuk menjadi penganjur bersama syarahan awam Mustafa Akyol, bertajuk “The Islamic Jesus: The Commonalities Between Judaism, Christianity, and Islam” (“Jesus Islam: Persamaan Antara Yahudi, Kristian dan Islam”), di UNKL pada 25 September 2017, dengan Prof Zaharom Nain dari UNKL menjadi pemberi ucapan alu-aluan (welcoming speech) di dalamnya.
http://ift.tt/2kjPeb8
CONTOH PERSEKONGKOLAN ANTARA UNKL DENGAN IRF DAN DAP
UNKL, IRF dan DAP (melalui Penang Institute) pernah menjadi penganjur bersama perbincangan meja bulat bertajuk “The Future Of Religious Freedom” (“Masa Depan Kebebasan Beragama”) membabitkan Prof Jeffrey Kenney dari Depaw University, United States, Dipendra Harshad Rai dari Bar Council, Maria Chin Abdullah dari Bersih 2.0 dan Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa dari IRF di UNKL pada 22 Mac 2015, dengan Prof Zaharom Nain dari UNKL menjadi pemberi ucapan alu-aluan (welcoming speech) di dalamnya.
UNKL, IRF dan DAP (melalui Penang Institute) pernah menjadi penganjur bersama perbincangan meja bulat bertajuk “Should Human Rights Always Outweigh Religious Rights?” (“Patutkah Hak Asasi Manusia Sentiasa Mengatasi Hak Keagamaan?”) membabitkan Prof James Piscatori dari Durham University, United Kingdom, Prof Shad Saleem Faruqi dari UiTM, Dato’ Noor Farida Arifin dari G25 dan Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa dari IRF di UNKL pada 14 Jun 2015, dengan Prof Zaharom Nain dari UNKL menjadi moderator di dalamnya.
UNKL, IRF dan DAP (melalui Penang Institute) pernah menjadi penganjur bersama perbincangan meja bulat bertajuk “Rethinking Secularism in the Globalised Era: Seeing Beyond Modernity” (“Pemikiran Semula Sekularisme Dalam Era Global: Melihat Melewati Kemodenan”) membabitkan Dr Heba Raof Ezzat dari Mesir, Professor Clive S. Kessler dari University of New South Wales, Australia, Nurul Izzah Anwar dari PKR dan Dr Harlina Halizah Siraj dari IKRAM, dengan Prof Zaharom Nain dari UNKL menjadi pemberi ucapan alu-aluan (welcoming speech) di dalamnya.
Memahami perkara ini, maka tidak peliklah jika GERAK yang diketuai oleh Prof Zaharom Nain telah mengeluarkan satu kenyataan bagi mengutuk (“condemns in no uncertain terms”) layanan amat buruk (“deplorable”) yang dikenakan terhadap Mustafa Akyol ini.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM)
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Sumber: Facebook Kamarul Yusoff
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
The post Persekongkolan antara University Of Nottingham Kuala Lumpur (UNKL) dengan IRF, DAP (melalui Penang Institute) dan G25 untuk meliberalkan Islam di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan