Peruntukan RM30 juta untuk naik taraf pusat tahfiz, bukan bayar gaji: TPM

PUTRAJAYA, 19 Muharram 1439H, Isnin – Peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pusat tahfiz di seluruh negara perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menaik taraf infrastruktur bukan sebaliknya membayar gaji kakitangan.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau akan memastikan peruntukan tersebut digunakan sepenuhnya untuk tujuan menaik taraf dan kemudahan pusat tahfiz.

“80 peratus peruntukan digunakan untuk bayar gaji sedangkan matlamatnya adalah untuk menaik taraf,” katanya berucap merasmikan persidangan Persidangan Psikologi Modal Insan 2017, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, jumlah peruntukan sama telah disediakan oleh kerajaan pada tahun lalu kepada pusat-pusat tahfiz, namun 80 peratus daripada dana itu digunakan untuk membayar gaji kakitangan di maahad berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf pusat tahfiz swasta susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Hujung pada 14 September lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru.

“Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini telah menyerahkan peruntukan tersebut kepada saya untuk menaik taraf maahad tahfiz,” kata Zahid.

The post Peruntukan RM30 juta untuk naik taraf pusat tahfiz, bukan bayar gaji: TPM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian