Pesta arak: Penganjur tukar nama kepada Bavarian Festival

PETALING JAYA, 15 Muharram 1439H, Khamis – Pesta arak atau Oktoberfest ditukar nama kepada Bavarian Festival. Demikian dinyatakan penganjurnya ketika mengemukakan permohonan rayuan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang sebelum ini enggan memberi kebenaran.

Ahli Majlis MBPJ, Sean Oon Chong Ling mengesahkan penganjurnya mengemukakan surat permohonan kira-kira jam 5 petang semalam dan mengubah nama kepada Bavarian Festival

“Setakat yang saya tahu, penganjur telah menghantar surat kepada MBPJ untuk meminta pertimbangan semula,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ditanya perkembangan terkini permohonan itu, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya.

Chong Ling berkata, MBPJ menerima permohonan daripada penganjur bagi mengadakan pesta itu pada 28 September lalu, tetapi ditolakkerana enam dokumennya tidak lengkap.

“Penolakan permohonan itu disebabkan dokumen yang dikemukakan tidak lengkap,” katanya.

Katanya, enam dokumen itu memerlukan maklumat lengkap termasuk, salinan pendaftaran syarikat, komen polis dan kelulusan pemilik tempat untuk diadakan pesta itu.

Festival Bavarian dijadualkan diadakan bermula petang ini hingga Ahad di tempat letak kereta di pusat beli-belah 1Utama di sini.

The post Pesta arak: Penganjur tukar nama kepada Bavarian Festival appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian