Pesta arak: Zahid serah KPN beri penjelasan

BANGI, 8 Muharram 1439H, Sabtu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun individu selayaknya memberi penjelasan berhubung larangan penganjuran pesta arak di negara ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Tan Sri Fuzi untuk menjelaskan berkaitan larangan yang dikenakan.

“Ini soalan teknikal, ia harus diserahkan kepada KPN,” katanya dipetik portal media hari ini.

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas larangan pesta arak tahun ini, sedangkan pesta yang sama pernah diadakan sejak beberapa tahun sebelum ini.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengeluarkan permit penganjuran “Better Beer Festival” di Publika atas alasan keselamatan.

Pesta arak sebegini mula dianjurkan pertama kalinya pada tahun 2012, kononnya sebagai merayakan pembuatan beer di Malaysia. Ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pada tahun lepas pula, pesta ini diadakan di Publika Shopping Gallery dengan menyediakan 150 jenama arak.

The post Pesta arak: Zahid serah KPN beri penjelasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian