Pesta Jerman di Klang boleh jadi macam serangan di Las Vegas: KPN

BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Fuzi Harun mempertahankan pendirian tidak membenarkan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman di Klang minggu hadapan.

Mengaitkan dengan kejadian tembakan di Las Vegas sehingga menyebabkan 59 orang terkorban, beliau berkata, kejadian seumpama itu boleh berlaku di negara ini.

“Anda tengok apa yang berlaku di Vegas. Walaupun kejadian itu bukan tindakan pengganas, ia boleh berlaku di negara kita,” katanya dipetik portal liberal.

Kejadian di Las Vegas itu dilakukan Stephen Paddock, seorang kaki judi tegar yang menyeludup masuk senjata api ke dalam sebuah hotel dan menembak pengunjung sebuah konsert dari biliknya.

Justeru Fuzi berkata, beliau meminta Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk tidak membenarkan pesta itu berlangsung.

Dalam masa sama, beliau mempersoal sikap pihak berkuasa tempatan sekiranya tidak mendengar nasihat polis mengenai ancaman keselamatan.

“Memang ada ancaman dan siapa akan bertanggungjawab kalau apa-apa berlaku? Ini bukan perkara politik, ini perkara keselamatan.

“Apabila ada ancaman dan mereka tidak menerima nasihat kami, itu tidak bagus,” katanya.

Kelmarin, Naib Pengerusi parti rasis dan cauvinis DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pihak penganjur akan tetap meneruskan festival makanan itu berdasarkan kepada kelulusan yang dikeluarkan MPK sebelum ini.

Bagaimanapun, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin semalam mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak mengeluarkan permit kepada penganjur, Centro Properties Group Sdn Bhd ekoran kegagalan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.

The post Pesta Jerman di Klang boleh jadi macam serangan di Las Vegas: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian