Piala Malaysia: Penyokong JDT, polis cedera kena mercun di Ipoh

IPOH, 26 Muharram 1439H, Isnin – Dua lelaki termasuk seorang anggota polis cedera terkena mercun di luar Stadium Perak di sini, malam tadi sejurus tamat separuh akhir pertama Piala Malaysia Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mangsa yang cedera di perut dan dahi diberikan rawatan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum dihantar ke hospital.

Beberapa penyokong bola sepak turut ditahan kerana membuat kecoh ketika mereka keluar stadium.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, mangsa adalah anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan seorang penyokong JDT.

Beliau berkata, sedikit kekecohan berlaku sesama penyokong sebaik tamat perlawanan, namun anggota polis berjaya menyuraikan keadaan kira-kira 12.30 malam.

“Kekecohan dipercayai hanya membabitkan penyokong tuan rumah kerana penyokong JDT telah keluar dari stadium dan menaiki bas dengan diiringi anggota polis,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Sum berkata, jumlah sebenar tangkapan belum dapat dipastikan, namun setakat ini beberapa individu ditahan antaranya mereka yang disyaki membaling mercun.

Katanya, lebih 1,000 pegawai dan anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan mengawal keselamatan sepanjang perlawanan berlangsung bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pada perlawanan itu, Perak dan JDT terikat seri 1-1, masing-masing menerusi jaringan sendiri pemain JDT Mohamad Hasbullah Abu Bakar dan penyerang import dari Lubnan Mohamad Ghaddar. – Bernama

The post Piala Malaysia: Penyokong JDT, polis cedera kena mercun di Ipoh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian