Polis kumpul bukti tangkap dalang judi haram

BANGI, 10 Safar 1439H, Isnin – Polis sedang mengumpul bukti yang kukuh dan tepat bagi menangkap dalang perjudian haram di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya dalam proses mengumpul keterangan daripada empat saksi berhubung kegiatan itu.

Katanya, meskipun polis telah mengenal pasti lebih 20 dalang kegiatan berkenaan, bukti yang kukuh perlu dikumpul.

“Selepas mendapatkan maklumat daripada empat saksi tersebut, barulah kita akan buka kertas siasatan serta ke fasa seterusnya. Kita tidak boleh dedahkan siapa saksi yang diambil keterangan, ini demi keselamatan mereka.

“Yang pasti selepas semua bukti mencukupi, dalang-dalang judi haram akan diberkas secepat mungkin,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Semalam, polis berjanji akan menangkap dan mendakwa mereka yang terbabit, antaranya 10 dalang judi di Selangor dan 10 lagi di Kuala Lumpur serta beberapa lagi di negeri lain.

Polis juga mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang negara termasuk Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2013 (POCA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA).

The post Polis kumpul bukti tangkap dalang judi haram appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian