Polis tangkap Pegawai Penerangan Guan Eng mengikut Akta Hasutan

BUTTERWORTH, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Polis Bukit Aman menangkap Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin di luar Masjid Sembilang, Seberang Jaya di sini, selepas solat Jumaat, hari ini.

Memetik laporan Utusan Online, Wan Ji dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini untuk tindakan lanjut.

Wan Ji yang juga Ketua Biro Agama PKR ditangkap berhubung satu laporan polis terhadapnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini, kata sumber kepada akhbar itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan tangkapan itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Wan Ji dilantik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 28 September lalu dan bertindaksebagai pegawai penerangan dengan tanggungjawab menjelaskan dasar Islam negeri itu.

Dia secara khusus akan membantu usaha menjawab naratif tidak benar terhadap kerajaan negeri dalam perkara berhubung agama Islam.

Wan Ji sebelum ini pernah dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menghasut melalui satu tulisan di Facebook pada 2012 yang didakwa menghina sultan Selangor.

Kemungkinan tangkapan dilakukan hari ini ada kaitan dengan rakaman video yang dibuat pada 2013, di mana Wan Ji juga dikatakan membuat kenyataan bahawa dia mempunyai rancangan untuk menghapuskan sistem beraja pada 2030.

Dia juga dilaporkan pernah menulis dalam Facebooknya mengenai ciri-ciri adik beradik syaitan yang ada pada sultan.

The post Polis tangkap Pegawai Penerangan Guan Eng mengikut Akta Hasutan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian