Pukul Rela: Zahid arah ‘Datuk Seri’ serah diri

BANGI, 9 Safar 1439H, Ahad – Timbalan Perdana Menteri memberi amaran kepada seorang lelaki berpangkat ‘Datuk Seri’ untuk menyerah diri kepada pihak polis dengan kadar segera.

Arahan itu dibuat susulan tindakan lelaki berkenaan memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Ampang, pada Jumaat lalu.

Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lelaki berpangkat ‘Datuk Seri’ itu belum ditangkap setakat ini.

Bagaimanapun katanya, pihak polis mengetahui siapa dan di mana lokasi lelaki itu berada.

“Ini pengajaran kepada semua bahawa sesiapa yang mempunyai gelaran bukan bermakna undang-undang berada dalam tangan mereka,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Lelaki berpangkat Datuk Seri itu dilaporkan berang kerana ditegur oleh anggota Rela yang meminta beliau mengalih kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di tepi jalan kerana menghalang lalu lintas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela, Melvin Cheong Mun Khai,19, Leong Jiun Jie, 21 dan Lee Weng Poh, 27 mengalami kecederaan akibat diserang oleh ‘Datuk Seri’ yang berusia 28 tahun itu.

Zahid berkata, sesiapa sahaja negara ini tertakluk di bawah perundangan, dan gelaran atau pangkat bukan merupakan lesen untuk mengambil tindakan kekerasan terhadap orang lain.

The post Pukul Rela: Zahid arah ‘Datuk Seri’ serah diri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian