Qatar tuduh Arab Saudi cuba ganti pemerintahan

DOHA, 28 Muharram 1439H, Rabu – Qatar hari ini menuduh Arab Saudi memainkan peranan utama untuk mengubah pemerintahan negara itu dalam tempoh empat bulan sekatan dilakukan.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata, Riyadh sedang berusaha untuk menghuru-harakan kepimpinan Qatar.

“Kami mendapat tahu pegawai kerajaan (Arab Saudi) bercakap mengenai perubahan rejim. Kami melihat sebuah negara yang mengembalikan zaman gelap suku kaum dan menggabungkan mereka untuk mewujudkan tekanan terhadap puak-puak yang bersatu di Qatar,” katanya.

Arab Saudi, Emiriah Aba Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik serta perdagangan dengan Qatar 5 Jun lalu, dengan menuduh doha menyokong kumpulan ekstremis dan pengganas. Doha bagaimanapun, dengan tegas menafikan tuduhan itu.

Sheikh Mohammed berkata, rancangan negara-negara yang mengenakan sekatan terhadap Qatar bukan untuk menghapuskan keganasan, sebaliknya untuk membuli dan menunjukkan sikap tidak menghormati Doha.

“Ianya tiada kaitan dengan menghentikan bantuan kewangan kepada keganasan atau ucapan kebencian tatkala mereka sendiri menganjurkan hasutan terhadap Qatar, mempromosikan penukaran pemerintahan,” katanya.

Qatar adalah pengeksport gas asli cecair terbesar di dunia dan juga menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat terbesar di rantau Teluk dengan lebih daripada 11,000 anggota tentera.

Sheikh Mohammed juga berkata, sekatan terhadap negaranya telah menghalang perjuangan menentang militan Daesh.

Sekatan penggunaan ruang udara bermakna pesawat Qatar yang membekalkan bantuan logistik kepada pangkalan tentera AS terpaksa dilencongkan, sementara pegawai Qatar yang terbabit dalam operasi menentang Daesh dikeluarkan dari pangkalan tentera AS di Bahrain.

Sementara itu, bercakap pada sidang media di Jakarta, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani berkata, negaranya sedia mengadakan rundingan dengan negara jiran berhubung sekatan itu.

“Saya ingin emnyampaikan bahawa Qatar sedia menganjurkan dialog bagi menyelesaikan masalah ini yang semua pihak tahu tiada siapa yang akan menang,” katanya.

The post Qatar tuduh Arab Saudi cuba ganti pemerintahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian