Raja Muda Perlis kecewa Islam ditonjol secara negatif

DHAKA, 28 Muharram 1439H, Rabu – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyatakan rasa kecewa kerana ada pihak yang menonjolkan Islam secara negatif sehingga menjadi bahan sendaan.

Baginda turut melahirkan rasa bimbang apabila segelintir masyarakat mengambil mudah untuk mendapatkan kesahihan sesuatu isu berkaitan Islam tanpa merujuk kepada sumber yang sah.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa Islam merupakan agama yang cintakan keharmonian ketika menyampaikan syarahan umum kepada pegawai dan pelajar Daffodil International University.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin juga mahu umat Islam menjunjung prinsip kesederhanaan dalam menangani  isu Islamofobia.

Titah baginda, Islam mementingkan aspek kesederhanaan yang menjadi teras dakam kehidupan umatnya.

“Islamofobia  mesti ditangani dengan lebih berkesan melalui sikap wasatiah yang menjunjung prinsip kesederhanaan,” titah baginda di hadapan  kira-kira 150 masyarakat Malaysia di Bangladesh pada  Isnin malam.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu berada di Bangladesh sejak Ahad lepas bagi mengetuai misi kemanusiaan membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelarian.

Terdahulu baginda bersama delegasi meninjau kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar serta menyampaikan bantuan kepada mereka.

Titah baginda, MAIPs sedang  mengambil pendekatan mengajak umat Islam di luar negara sentiasa bersikap sederhana melalui program Liqa Mawaddah bersama masyarakat Malaysia di luar negara.

Antara pengisian program ialah  tazkirah khas oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk ‘Wasatiah: Bagaimana Islam mendisiplinkn penganutnya dengan peraturan”.

Bersempena program itu Tuanku Syed  Faizuddin turut menyampaikan sumbangan MAIPs untukTabung Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh melalui Setiausaha Pertama, Idham Zuhri Mohd Yunus.

Tabung itu bertujuan membantu rakyat Malaysia yang menghadapi  kecemasan termasuk kes terkandas di Bangladesh.

Selain di Bangladesh, program sedemikian juga pernah dianjurkan oleh MAIPs  di London, Riyadh, Jeddah, Kuwait, Muscat, Doha dan Dubai.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Daffodil International University  Bangladesh, Sabur Khan.

— BERNAMA

The post Raja Muda Perlis kecewa Islam ditonjol secara negatif appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian