Rakyat dikecamuk politik tamak haloba, dendam dan simpati buta: Presiden Isma

 

Oleh Siti Fatimah Ishak

PUTRAJAYA, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Rakyat mesti membebaskan diri daripada kecamuk politik dipandu pemimpin yang penuh tamak haloba, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Kesal dengan situasi politik negara ketika ini, beliau berkata, rakyat dan agenda Islam menjadi mangsa korban disebabkan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

“Kita lihat politik negara sekarang tidak dipandu petunjuk. Ia lebih dipandu perasaan dendam. Dipandu sifat tamak haloba yang tak pernah kenyang.

“Mereka seolah-olah tidak ada rasional, tidak ada pemikiran daripada hati nurani. Bahkan tidak ada petunjuk hidayah, yang ada hanya pengaruh simpati,” katanya berucap melancarkan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) di sini, hari ini.

GPS adalah gerakan baharu yang ditubuhkan Isma menerusi Biro Gerakan Massa untuk membawa suara generasi baharu dalam menghadapi kekalutan politik ketika ini.

GPS juga akan menjadi penunjuk arah kepada rakyat bagi memilih pemimpin muslim berwibawa dan berkaliber pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Mengulas lanjut mengenai penubuhan GPS, Ustaz Abdullah berkata, ia merupakan idea kreatif anak muda dalam mengisi kekosongan kemelut politik yang melanda negara.

Katanya, GPS akan memberi kesedaran kepada pengundi supaya keluar daripada budaya mengikut, menyembah pemipin yang memberi sesuap nasi.

“Sebab itu, kita mahu rakyat buang sikap mengampu. Minda kena merdeka. Bebaskan diri daripada suasana ubudiyah kepada pemimpin.

“Jika tidak, natijahnya seperti yang kita lihat hari ini, dakyah politik palsu sehingga meracuni pemikiran rakyat akan terus berkekalan.

“Yang mana PRU14 tidak akan banyak berubah. Pemimpin yang sama, kekal pada mereka yang memberi secupak nasi dan garam,” katanya.

The post Rakyat dikecamuk politik tamak haloba, dendam dan simpati buta: Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian