Rejim zionis tahan 33 kanak-kanak pada September
GAZA, 16 Muharram 1439H, Jumaat – Rejim zionis Israel dilaporkan telah menahan 253 rakyat Palestin termasuk 33 kanak-kanak dan empat wanita pada September, lapor Quds Net.
Agensi berita itu melaporkan, kebanyakan mereka yang ditahan menjalani siasatan keras dan tidak dibenarkan bertemu dengan peguam.
Kumpulan hak asasi yang bekerja dengan tawanan dan tahanan yang dibebaskan mengatakan bahawa pendudukan Israel “menyeret” 33 kanak-kanak daripada keluarga mereka dan memasukkannya ke dalam penjara.
Dalam laporan statistik bulan September, seorang jurucakap, Anin Al-Qayd mengatakan bahawa Israel telah mengeluarkan 50 perintah penahanan pentadbiran.
Selain dipenjarakan, mahkamah Israel mengenakan denda ke atas rakyat Palestin berjumlah £166,260 pada September sahaja. – Agensi
The post Rejim zionis tahan 33 kanak-kanak pada September appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan