Ribuan Muslim Bangladesh gesa beri senjata kepada pelarian Rohingya

 
CHITTAGONG, 17 Muharram 1439H, Sabtu – Ribuan umat Islam di Bangladesh berhimpun menuntut kerajaan negara mereka membekalkan senjata kepada pelarian Rohingya.
 
Pihak berkuasa memaklumkan, lebih 15,000 orang menyertai himpunan di Chittagong, bandar kedua terbesar di Bangladesh sebagai bantahan terhadap pembunuhan Rohingya yang dianggap mereka sebagai sangat kejam.
 
Jurucakap Hefazat (penganjur himpunan), Azizul Hoque Islamabad berkata, mereka terlalu sedih melihat muslim Rohingya yang hilang arah tuju akibat kekejaman rejim Myanmar.
 
“Kami menuntut pembunuhan beramai-ramai Rohingya dihentikan. Kami mahu kerajaan melatih dan memberikan senjata kepada Rohingya supaya mereka boleh membebaskan tanah air mereka,” katanya.
 
Setakat hari ini, lebih setengah juta etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, sejak serangan Muslim Rohingya ke atas beberapa pos kawalan polis sehingga mencetuskan tindak balas kejam tentera Myanmar.
 
Mereka mendakwa tentera Myanmar bersama penduduk etnik Rakhine menyembelih dan membakar banyak perkampungan.
 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan operasi itu sebagai pembersihan etnik, namun tentera Myanmar menyalahkan pemberontak Rohingya. – Agensi

The post Ribuan Muslim Bangladesh gesa beri senjata kepada pelarian Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian