Saat Esa dilantik Akauntan Negara baharu

BANGI, 26 Muharram 1439H, Isnin – Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Saat Esa dilantik sebagai Akauntan Negara baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan itu, beliau berkata pelantikan Saat adalah menggantikan Datuk Che Pee Samsudin yang bersara wajib.

Saat telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 34 tahun sejak 16 Jun 1983. Beliau pernah berkhidmat sebagai Bendahari Negeri, di Pejabat Penbendaharaan Negeri Selangor.

Selain itu, beliau juga pernah menggalas jawatan sebagai Ketua Audit Tingkatan Kanan, Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Akauntan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

“Pada masa yang sama, bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mantan Akauntan Negara Malaysia, Datuk Che Pee Samsudin di atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau selama lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam,” kata Ali.

The post Saat Esa dilantik Akauntan Negara baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian