Sabah haramkan 22 ajaran sesat, empat lagi dalam pemerhatian

TAWAU, 27 Muharram 1439H, Selasa – Sabah mengharamkan 22 ajaran yang menyalahi hukum syarak manakala empat lagi sedang dipantau, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Arif.

Beliau berkata, pengharaman itu berdasarkan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Negeri Sabah.

Antara yang diharamkan ialah Kumpulan Nasrul haq, Ajaran Tuan Haji Uyut Utun, Ajaran Qadiani, Tariqah Hasaniah dan Kumpulan Tai Tujuhajaran, katanya kepada pemberita selepas seminar mengenai akidah dan ekstremisme agama, di sini hari ini.

Beliau berkata, turut diharamkan ialah Aliran dan Dakyah Wahabiah, Ajaran Millah Abraham@Ibrahim, Fahaman dan Ajaran Hizbut Tahrir serta Laporan Kajian Buku-Buku Hairi Nonchi.

“Kerajaan sentiasa menjalankan pemantauan bukan sahaja terhadap ajaran sesat yang telah difatwakan haram, malah terhadap ajaran yang diragui kesahihannya,“ katanya.

Mohd Arifin berkata, usaha membendung perkara itu turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), polis dan pihak berkuasa lain.

Sementara itu, beliau meminta pendakwah luar yang mahu berceramah di Sabah agar mendapatkan tauliah daripada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Jheains.

“Sekarang ini lebih mudah untuk mendapatkan tauliah daripada dua jabatan ini menerusi dalam talian e-tauliah,” katanya yang turut meminta pendakwah luar memahami nilai budaya Sabah sebelum berdakwah di negeri itu.

“Kena berhati-hati, jangan sampai nilai agama membuatkan kita berpecah, bergaduh kerana agama itu (mengajara) kasih sayang dan bermuafakat,” katanya.- Bernama

The post Sabah haramkan 22 ajaran sesat, empat lagi dalam pemerhatian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian