Sekolah Quran Malaysia dirasmikan di Gaza

GAZA, 27 Muharram 1439H, Selasa – Aman Palestin Berhad sekali lagi telah mengharumkan nama negara apabila telah berjaya menubuhkan Sekolah Al-Quran Malaysia di tengah-tengah bandar Gaza.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam dan disaksikan pimpinan Kementerian Pendidikan Palestin dan wakil pertubuhan-pertubuhan masyarakat setempat.

Sekolah atau maahad tahfiz untuk anak-anak Gaza ini diusahakan oleh Aman Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia, dengan kerjasama pertubuhan Darul Quran Wa Sunnah, sebuah pertubuhan tempatan yang memfokuskan pembangunan masyarakat menerusi Al-Quran.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam dalam ucapannya berkata, Aman Palestin komited membantu rakyat Palestin khususnya di Gaza menerusi pelbagai projek pembangunan untuk masyarakat.

“Pelbagai projek telah dan sedang kita usahakan. Selain sekolah tahfiz ini, kita juga telah membina semula Masjid Al-Qassam di Khan Younis dan Masjid Imam Syafie di Hayy Zaitun. Kami juga merancang membina dan memperbaiki hospital-hospital yang amat diperlukan ketika ini,” katanya.

Pengetua sekolah, Syeikh Abdul Rahim al-Ajiz berkata, objektif penubuhan sekolah in adalah bagi mewujudkan generasi Al-Quran yang mampu mengislah masyarakat.

“Ada empat aspek penekanan kita. Pertama, mendidik pelajar ke arah akhlak mulia, kedua mendidik pelajar menjadi pelajar berilmu menggunakan alat bantuan pengajaran yang moden, ketiga melatih kepemimpinan pelajar dan keempat mendidik pelajar berperanan sebagai pengislah masyarakat berpandukan Al-Quran,” katanya.

Pelbagai persembahan dihidangkan untuk hadirin antaranya bacaan doa dan nasyid yang dipersembahkan oleh anak-anak Gaza berpakaian baju Melayu bersampin.

Majlis ini juga mendapat liputan meluas daripada media tempatan antaranya Al Aqsa Channel yang membuat liputan berita dan siaran secara langsung.

The post Sekolah Quran Malaysia dirasmikan di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian