Seleweng dana: Adik Shafie Apdal dipanggil beri keterangan

BANGI, 20 Muharram 1439H, Selasa – Adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, bagi membantu siasatan penyelewengan dana untuk projek pembangunan luar bandar di negeri itu.

Memetik laporan media arus perdana, Hamid Apdal hadir di pejabat SPRM Sabah bersama beberapa rakannya kira-kira jam 10 pagi tadi, selepas suruhanjaya itu gagal mencarinya di kediaman beliau di Taman Bersatu, Patutan lewat malam Isnin.

Difahamkan, Hamid adalah antara individu yang dipanggil dalam siasatan SPRM berhubung dana RM179 juta yang telah dibekukan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan RM1.5 bilion peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diseleweng antara 2009 hingga 2015.

Menurut Utusan Online, sumbernya dipetik sebagai berkata, siasatan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun katanya, SPRM hanya mengambil keterangan ke atas Hamid dan belum mengetahui sama ada beliau ditahan ataupun tidak.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini membenarkan perintah reman selama lima hari ke atas tiga pemimpin pemuda daripada dua parti di Sabah bagi membantu siasatan sama.

Tiga pemimpin terbabit adalah Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim dan Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman.

The post Seleweng dana: Adik Shafie Apdal dipanggil beri keterangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian