Seleweng dana RM40juta: Setiausaha politik menteri dibebaskan hari ini
PUTRAJAYA, 15 Muharram 1439H, Khamis – Setiausaha politik kepada menteri yang direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana peruntukan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dibebaskan hari ini, dengan jaminan RM30,000.
Majistret Aina Sherina Saipolamin membenarkan individu bergelar Datuk itu dibebaskan dengan jumlah jaminan yang ditetapkan dengan seorang penjamin.
Individu berusia 61 tahun itu direman sejak 28 September lalu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan peruntukan PTPK berjumlah RM40 juta.
Dia disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Penahanan ke atasnya dibuat selepas empat individu berusia 32 tahun hingga 58 tahun termasuk ketua pegawai eksekutif bergelar Datuk ditahan berhubung kes sama, 13 September lalu.
Difahamkan, kerajaan memperuntukkan RM40 juta kepada perbadanan itu tahun ini bagi mengendalikan program-program latihan dan pada tahun lepas, sejumlah RM35 juta turut diperuntukkan.
Dana itu diberi kerajaan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
The post Seleweng dana RM40juta: Setiausaha politik menteri dibebaskan hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan