Serangan sami terhadap Rohingya: Polis Sri Lanka tahan enam individu
SRI LANKA, 12 Muharram 1439H, Isnin – Enam individu ditahan bagi membantu siasatan berikutan serangan membabitkan sekumpulan sami Buddha terhadap penduduk Rohingya minggu lalu.
Polis Sri Lanka pada hari Ahad berkata, pihaknya telah mengenal pasti sami yang mengetuai serangan itu.
“Kami telah mengerahkan tiga pasukan untuk menangkap mereka,” katanya.
Pada Selasa lalu, dua pegawai polis terpaksa dimasukkan ke hospital selepas serangan itu, akibat para sami dan penyokongnya melemparkan batu dan memecahkan tingkap dan perabot.
Lima lelaki dan seorang wanita telah ditangkap dan seorang pegawai kerajaan berkata, beberapa pegawai polis juga sedang disiasat kerana gagal mencegah keganasan.
Beratus-ratus ribu warga Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Mereka telah menjadi sasaran penganiayaan dan diskriminasi yang disokong Myanmar, yang mana ramai melihat mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh. – Agensi
The post Serangan sami terhadap Rohingya: Polis Sri Lanka tahan enam individu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan