SKMM arah Lowyat.net buang iklan jual data peribadi

KUALA LUMPUR, 6 Safar 1439H, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan Lowyat.net membuang iklan dan laporan berhubung data peribadi jutaan rakyat Malaysia.

Arahan itu dibuat susulan laporan Lowyat.net pada18 Oktober lalu bahawa mereka mendapat maklumat terdapat pihak yang sedang menjual pengkalan data maklumat peribadi milik rakyat Malaysia.

Hari ini di Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan.

Katanya, polis akan mengenalpasti dalang yang terlibat.

“SKMM dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedar dan memandang serius insiden ketirisan data peribadi rakyat Malaysia melalui laman web tersebut.

“Sebagai langkah pencegahan, SKKM telah minta pentadbir laman sesawang Lowyat.net untuk turunkan iklan penjualan tersebut,” katanya.

Lowyat.net dalam laporannya juga mendakwa, pada peringkat awal, mereka sangat ragu-ragu dan menganggap cubaan menjual data peribadi itu sebagai penipuan.

Bagaimanapun dakwa portal itu lagi, setelah disiasat mendapati ia mungkin kebocoran data paling besar dalam sejarah Malaysia.

Antara data untuk dijual itu ialah 50 juta masukan daripada berbagai syarikat telekomunikasi.

The post SKMM arah Lowyat.net buang iklan jual data peribadi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian