ismakualaterengganu

Sukaneka NAZIM Kuala Terengganu Meriah

Kuala Terengganu, 14 Oktober  – Sukaneka anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang berte...




Kuala Terengganu, 14 Oktober  – Sukaneka anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bertempat di Surau Al-Muttaqin, Taman Adis Indah. Sukaneka telah dimulakan dengan bacaan doa dan senamrobik yang dibimbing oleh Dr. Adila binti Mat Dait.

            Menurut Ustazah Hidayatul Sakinah Mohd Zulkifli, selaku Ketua Biro Nazim berkata; "kalah menang merupakan adat pertandingan. Dalam apa-apa kejohanan sekalipun, semangat kesukanan yang tinggi adalah diperlukan. Kekalahan bukan bererti gagal sebaliknya langkah untuk berjaya". Menurut ustazah lagi, sebagai seorang muslim, kehebatan yang sebenar bukan sahaja dinilai dari sudut jasmani malah yg lebih utama ialah dari sudut rohani. Beliau juga berharap agar ahli Kelab NAZIM dapat mengutip segala manfaat dan faedah yg dianjurkan dalam Sukaneka ini.

            Sebelum acara sukan bermula, semua rumah sukan diberi tugas untuk mencipta logo dan nama kumpulan masing-masing. Nama kumpulan yang dipilih adalah dari kalangan tokoh-tokoh islam antaranya ialah Saidina Hamzah, Khalid Al-Walid, Ibnu Khaldun dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Cuaca yang cerah juga memastikan kejohanan berlangsung dengan jayanya. Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah lari berpasangan, pertandingan makan buah, telinga karat dan dekorasi biskut jejari. Selain itu, antara yang turut memeriahkan lagi Sukaneka pada hari ini ialah perlawanan bola sepak yang dikelolakan oleh Biro Pemuda ISMA.

Kejohanan sukaneka ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang, diikuti dengan sesi muhasabah. Ahli Kelab NAZIM yang berjaya dalam sukaneka kali ini kami dengan sepenuh hari merakamkan jutaan tahniah dan selamat berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Disediakan oleh Wartawan Biro Media NAZIM K. Terengganu




Related

TERKINI 7172930522548784745

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item