‘Tangan-tangan ghaib lindungi sindiket jenayah’

Oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 4 Safar 1439H, Selasa – Ada ‘tangan-tangan ghaib’ seolah-olah cuba melindungi sindiket dan cuba mengalih kes berkenaan dengan memperbesarkan dan mencampuradukkan isu berkaitan peribadi.

Kenyataan ini dilontarkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat menerusi satu rakaman video di akaun Facebook miliknya ketika mengulas penangkapan dua pegawai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dan Ali Salimin, pagi tadi.

Kedua-dua pegawai terbabit ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menceroboh dan melakukan perbuatan khianat terhadap sebuah syarikat kereta sewa, AGR Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Katanya, penangkapan Yusuf yang juga Ketua Unit Tindakan Khas PPIM bukanlah kali pertama, malah, sebelum ini pun beliau pernah ditangkap berikutan isu Low Yat dan pendedahan mengenai sindiket perjudian.

“Ketiga-tiga penangkapan ini telah menimbulkan tanda tanya dalam diri saya serta masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, PPIM adalah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan usaha bagi menyelamatkan negara dan orang ramai daripada jenayah.

“Sepatutnya pihak polis membantu NGO seperti PPIM dalam membanteras jenayah di negara ini, malah, individu yang membantu polis inilah pula yang ditangkap.

“Oleh itu, saya berharap Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara dapat memberi penjelasan kepada semua pihak apa motif sebenar penangkapan mendadak Yusuf Azmi pada kali ini dan mengapa perlu dibangkitkan kembali memandangkan kes ini sudah lapuk.

“Saya tidak akan berdiam diri melihat saudara seIslam ditindas di negara sendiri,” katanya.

Beliau turut berharap rakan-rakan NGO dan rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang cintakan keadilan mendoakan semoga kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan baik.

The post ‘Tangan-tangan ghaib lindungi sindiket jenayah’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian