Tempoh reman Shafie dilanjut hingga Jumaat

BANGI, 3 Safar 1439H, Isnin – Tempoh reman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dilanjutkan empat hari bermula esok.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung tempoh reman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu sehingga Jumaat ini.

Memetik laporan Utusan Online, keputusan itu dibuat Majistret Mc Juce Balitus, kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau ditahan Khamis lalu bagi membantu siasatan penyelewengan dana awam daripada kementerian itu sebanyak RM1.5 bilion antara 2009 hingga 2015.

Terdahulu, Shafie diwakili peguam Martin Tommy manakala pasukan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rozanna Abdul Hadi, Rustam Anip dan Mohd Faliq Basiruddin.

The post Tempoh reman Shafie dilanjut hingga Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian