Tiada rakyat Malaysia terbabit kejadian tembakan di Las Vegas

KUALA LUMPUR, 12 Muharram 1439H, Isnin – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian serangan tembakan di konsert muzik di Las Vegas, Amerika Syarikat di mana lebih 50 orang dilaporkan maut dan beratus lagi cedera pada Ahad malam.

Setiausaha Akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani berkata, pihaknya telah menghubungi Kedutaan Malaysia di AS bagi mengesahkan maklumat itu termasuk untuk mendapatkan perkembangan lanjut insiden berkenaan.

“Setakat ini tiada orang Malaysia yang terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berdasarkan laporan terkini media AS, sekurang-kurangnya 50 orang maut akibat terkena tembakan dan lebih 200 orang lagi cedera selepas seorang lelaki berumur 64 tahun melepaskan tembakan ke arah ribuan pengunjung konsert muzik terbuka di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas.

Jurucakap polis, Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan ke arah pengunjung.

Suspek berjaya dibunuh selepas polis mengesannya.

Media tempatan melaporkan kejadian berlaku pada pukul 11.30 Ahad malam yang menyaksikan ratusan das tembakan dilepaskan oleh penyerang tunggal itu.- Bernama

The post Tiada rakyat Malaysia terbabit kejadian tembakan di Las Vegas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian