Tiga anggota TLDM direman tujuh hari

Sumber gambar – Berita Harian – Abdullah Yusof –

SERI MANJUNG, 10 Muharram 1439H, Ahad – Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman  7 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Shaqira Ibrahim mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, ketiga-tiga lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun yang memakai baju lokap itu, tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini dengan menaiki lori polis kira-kira 8.45 pagi.

Terdahulu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailal Tuiman Mohd Sukri, 26, dipercayai didera.

Beliau berkata berikutan itu polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

TLDM dalam kenyataannya semalam, menyatakan Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailal Tuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan kelmarin.

Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

The post Tiga anggota TLDM direman tujuh hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?