Tipu jual rumah: Pelakon Boy Iman, dua suspek ditangkap

BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Polis menangkap Pengarah Urusan DBI Properties yang juga pelakon, Datuk Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman di Balai Polis Bukit Indah, Ampang bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.

Turut sama ditahan dua lagi suspek utama kes terbabit berusia 45 dan 29 tahun, yang juga pemilik Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR) di kondominium Setapak, di ibu negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat itu membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

“Syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

“Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dalam tangkapan pertama, JSJK merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, 3 unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagi dokumen syarikat DBI Properties.

Sementara tangkapan kedua berjaya merampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Syarikat Juta Kelulut Global Resorces.

Kesemua suspek kini direman dua hari bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Acryl berkata, sindiket penipuan kini semakin bijak memanipulasi kehendak serta keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim bagi menarik perhatian mangsa.

Justeru, orang ramai diingatkan agar menyemak dengan terperinci skim yang berbeza daripada kebiasaan yang ditawarkan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

 

BERITA BERKAITAN:

‘Minta PPIM selesaikan kes tipu ekspo kerjaya jual borang RM10’

The post Tipu jual rumah: Pelakon Boy Iman, dua suspek ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian