Tragedi kepala air: Semua mayat empat mangsa sudah ditemui

LANGKAWI, 23 Muharram 1439H, Jumaat – Mayat semua empat mangsa yang dihanyutkan arus deras ketika mandi manda di air terjun Kampung Buku, Lubuk Sembilang di sini, sudah temui.

Pasukan pencari dan penyelamat mengesahkan mangsa keempat, Siti Aishah Kasim, 5 tahun, ditemui petang ini.

Pagi tadi, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mayat Anis Shahtirah Saad, 12 tahun, kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian, selepas 19 jam dihanyutkan air.

Terdahulu, mayat mangsa pertama, Qistina Puteri Wira, ditemui kira-kira jam 6 petang semalam, manakala mayat Nor Aiman Mohd Rosli, 11 tahun, ditemui jam 12.45 tengah malam tadi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.35 petang semalam, ketika enam kanak-kanak sedang berkelah bersama keluarga masing-masing apabila dihanyutkan arus deras dipercayai ‘kepala air’ yang datang secara tiba-tiba dari puncak air terjun itu.

Dua daripada mangsa arus deras itu Alif Akmal Md Zamri, 12, dan Adib Irfan Saad, 11, bagaimanapun sempat diselamatkan kakitangan pusat rekreasi itu.

The post Tragedi kepala air: Semua mayat empat mangsa sudah ditemui appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian