Trak bawa makanan, ubat tiba di Ghouta Timur

DAMSYIK, 11 Safar 1439H, Selasa – Lebih sebulan, 40,000 penduduk di Ghouta Timur yang ditawan pemberontak, tidak mendapat bekalan makanan dan perubatan.

Ghouta Timur adalah wilayah yang dibedil tentera rejim Presiden Bashar al-Assad sejak 2013.

Menurut agensi bantuan, bekalan keperluan, terutama makanan amat jarang sampai ke wilayah itu, sehingga menyebabkan ribuan kanak-kanak mengalami kekurangan zat.

Bagaimanapun semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bulan Sabit Merah Arab Syria (SARC), mengesahkan, 49 trak membawa bekalan tiba di wilayah itu.

“Kami memasuki Ghouta Timur. Kami bercadang menyampaikan bekalan ke Kafr Batna dan Saqba hari ini untuk 40,000 penduduk,” kata jurucakap agensi penyelaras kemanusiaan PBB, Linda Tom.

Konvoi trak itu membawa 8,000 bungkusan makanan termasuk tepung, ubat, bekalan perubatan dan bahan berzat lain.

Hanya pada 23 September lalu, konvo pertama bantuan tiba di wilayah itu namun bekalan yang dibawa hanya cukup untuk 25,000 orang. -Agensi

The post Trak bawa makanan, ubat tiba di Ghouta Timur appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian